Kami guru-guru dan staf sokongan
SEKOLAH KEBANGSAAN SIBU LAUT, PADAWAN
berjanji menunaikan tanggungjawab kami untuk
1. Mendidik generasi muda ke arah kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah supaya menjadi warga berguna serta berbakti kepada masyarakat dan negara.
2. Menjamin pendidikan berkualiti melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
3. Menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar.
4. Menjamin layanan yang cekap dan mesra kepada sesiapa sahaja yang berurusan dengan pihak sekolah.
5. Menyediakan suasana dan persekitaran sekolah yang selamat, bersih, indah dan selesa.
6. Mewujudkan hubungan yang mesra dan harmoni di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat.
7. Berusaha menyediakan pasarana yang di tahap optimum kepada pelajar berdasarkan perkembangan pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal.